MikroTik Certified Routing Engineer (MTCRE)
Sila ambil perhatian! Sebelum
mengambil peperiksaan MTCRE secara online, anda perlu
mengambil peperiksaan MTCNA terlebih dahulu. Kursus Latihan Mikrotik
MTCRE Certification Training adalah kelas latihan Mikrotik yang memberi tumpuan
kepada routing. Ia merangkumi dasar dan teknik routing, VPN, OSPF dan MME. Anda
akan belajar lebih mendalam mengenai keupayaan dan kemampuan routing
dengan menggunakan Mikrotik.
Jadual
1. Training MikroTik Certified Routing Engineer(MTCRE) akan diadakan
dalam 3 hari, berdasarkan jadual dikemas kini.
2. Setiap kelas bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir
pada jam 5.00 petang
Persijilan
1. Pada akhir latihan selama 3 hari, para peserta akan
menghadiri Ujian Pensijilan MTCRE ( MikroTik Certified Routing Engineer ).
Sijil rasmi daripada MikroTik akan dikeluarkan kepada mereka yang berjaya lulus
ujian. (Gred lulus ialah 60%).
2. Semua peserta akan mendapat Sijil Kehadiran dari Hotspot System.
Kenapa Mesti Training MTCRE di Hotspot System?
1. Hotspot System telah menjalankan kerjasama di antara Syarikat Indonetworkers.com
bagi menjalankan kursus-kursus daripada Mikrotik
2. Pengalaman pengajar daripada Indonetworkers.com adalah kelas pakar dan
berpengalaman.
3. Kami menghapuskan kos untuk pembelian routerboard supaya kos latihan
dapat dikurangkan, routerboard disediakan oleh pihak Hotspot System semasa
kelas.
4. Bayaran murah, termasuk Peperiksaan MTCRE, Pengajar bertaraf Pakar.
5. Kami adalah satu-satunya di Malaysia yang dapat mengadakan latihan
pensijilan mikrotik tertinggi, MTCINE, pengajar berpengalaman dan bertaraf
pakar.
6. Peserta akan menerima modul latihan dalam bahasa Malaysia dan juga
beberapa perisian sokongan.
7. Percuma baju T-Shirt daripada Hotspot System
8. Modul kami adalah dalam bahasa Malaysia.
9. Sekiranya peserta kursus gagal dalam peperiksaan MTCRE bagi kali
pertama, dia akan mendapat peluang untuk mengambil satu lagi ujian PERCUMA
(satu kali) dalam tempoh 1 bulan yang dikira dari tarikh peperiksaan
dijalankan.
Faedah
1. Peserta akan menerima sijil antarabangsa MTCRE untuk menyokong dalam
sektor pekerjaan (Bagi yang lulus).
2. Peserta mendapat kemahiran yang boleh digunakan untuk membina rangkaian,
terutamanya menggunakan peralatan Mikrotik.
3. Peserta mendapat kemahiran untuk memantau dan mengenalpasti masalah pada
rangkaian.
4. Peserta mendapat kemahiran untuk menyelesaikan masalah diri, yang
bermakna para peserta akan mendapat keupayaan untuk menyelesaikan masalah
secara sendiri.
Tags: MIKROTIK, MTCNA, MTCRE, MTCWE, MTCTCE, MTCUME, MTCIPv6E, MTCINE, MTCSE, MTCASE,