KURSUS PEMASANGAN CCTV

KURSUS PEMASANGAN CCTV


Write By: adminPublished In: CLASS Training - IT Training & CoursesCreated Date: 2018-02-18

Kursus Pemasangan CCTV anjuran Koperasi Wawasan Usahawan Peniaga India Negeri Perak Berhad diberikan secara percuma kepada peserta bagi menggalakkan lebih ramai usahawan dalam bidang pemasangan CCTV oleh kerana permintaan yang sangat tinggi buat masa ini. Kursus Pemasangan CCTV yang diajar oleh wakil Hotspot System Solution yang pakar dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi. Kursus CCTV ini dijalankan selama 6 hari setiap sabtu dan ahad, tiga minggu berturut-turut bertempat di Teluk Intan, Perak. Pada akhir kursus CCTV ini, peserta-peserta akan membina sistem lengkap set CCTV termasuk kombinasi IP kamera dan menguji isyarat pelbagai media penghantaran video (Kabel, cahaya dan Gelombang) dengan adanya latihan amali ini peserta dapat memahami dan mempelajari teknik-teknik cara pemasangan CCTV yang betul. 

CCTV Installation Training course Picture 


Peserta sedang membuat penyambungan BNC connector 







Klik disini -> CCTV Installation Training course Picture <- Klik disini


Mohd Juzaili Hasrul Fitri adalah Pengurus Teknikal di Hotspot System Solution, menjalankan perkhidmatan pemasangan WiFi Hotspot System, CCTV, Trainer atau pengajar kemahiran dalam bidang IT dan Network Consultant (MikroTik Certified Consultants) yang terletak di Ipoh, Perak. Beliau merupakan Pakar Industri Negara yang berdaftar dalam sektor: IT02-00: Teknologi Maklumat & Komunikasi untuk bidang yang berkaitan. Selain itu beliau adalah Hakim Pertandingan Kemahiran dan Panel NOSS yang bertauliah.

Pemegang Sijil Mikrotik:
  1. MikroTik Certified Network Associate (MTCNA)
  2. MikroTik Certified Routing Engineer (MTCRE)
  3. MikroTik Certified IPv6 Engineer (MTCIPv6E)
  4. MikroTik Certified User Management Engineer (MTCUME)

Pemegang Sijil Ubiquiti Networks:
  1. Ubiquiti Broadband Wireless Specialist (UBWS)
  2. Ubiquiti Broadband Wireless Admin (UBWA)
  3. Ubiquiti Enterprise Wireless Admin (UEWA)

Hubungi: 013-44 82228 Email: juzaili@hotspotsystem.com.my

Berhubungan dengan Tuan Juzaili melalui: Google+  |  Vimeo  Facebook Company | Instagram |