KURSUS TEORI DAN AMALI PENGURUSAN KAMERA CCTV DI EAIC

KURSUS TEORI DAN AMALI PENGURUSAN KAMERA CCTV DI EAIC

Kursus Teori Dan Amali Pengurusan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC)

Write By: adminPublished In: CLASS Training - IT Training & CoursesCreated Date: 2019-02-19

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) telah menjemput, Tuan Mohd Juzaili Hasrul Fitri sebagai Penceramah Jemputan wakil daripada Syarikat Hotspot System bagi mengendalikan kursus Teori Dan Amali Pengurusan Kamera Litar Tertutup (CCTV).

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) merupakan Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan pada 1 April 2011 melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2000 [Akta 700} yang diwartakan pada 3 September 2009. Fungsi utama EAIC adalah menerima dan menyiasat aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguatkuasa atau agensi penguatkuasaan yang terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya ini. 


Tuan Mohd Juzaili Hasrul Fitri merupakan penceramah yang berpengalaman dalam bidang yang berkaitan bagi menjalankan kursus ini. Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) peserta yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan EAIC bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembelajaran berterusan. Oleh yang demikian, EAIC telah menjemput wakil pihak kami sebagai penceramah jemputan sebagaimana ketetapan berikut:

Perkara: Teori dan Amali Pengurusan Kamera Litar Tertutup (CCTV)

Tarikh: 14 & 15 Januari 2019 dan 18 & 19 Februari 2019

Masa: 9:00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Bilik Pendengaran, Aras 11 Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan No.18, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.

Peserta: Pegawai dan Kakitangan EAIC


Alhamdulillah, kursus ini telah berjalan dengan lancar seperti waktu yang ditetapkan



Surat Jemputan Kursus CCTV:



Gambar kursus CCTV sesi Pertama di EAIC pada 14 & 15 Januari 2019




















Gambar kursus CCTV sesi Pertama di EAIC pada 18 & 19 Februari 2019






















Mohd Juzaili Hasrul Fitri adalah Pengurus Teknikal di Hotspot System Solution, menjalankan perkhidmatan pemasangan WiFi Hotspot System, CCTV, Trainer atau pengajar kemahiran dalam bidang IT dan Network Consultant (MikroTik Certified Consultants) yang terletak di Ipoh, Perak. Beliau merupakan Pakar Industri Negara yang berdaftar dalam sektor: IT02-00: Teknologi Maklumat & Komunikasi untuk bidang yang berkaitan. Selain itu beliau adalah Hakim Pertandingan Kemahiran dan Panel NOSS yang bertauliah.

Pemegang Sijil Mikrotik:
  1. MikroTik Certified Network Associate (MTCNA)
  2. MikroTik Certified Routing Engineer (MTCRE)
  3. MikroTik Certified IPv6 Engineer (MTCIPv6E)
  4. Mikrotik Certified Internetworking Engineer (MTCINE)
  5. MikroTik Certified User Management Engineer (MTCUME)

Pemegang Sijil Ubiquiti Networks:
  1. Ubiquiti Broadband Wireless Specialist (UBWS)
  2. Ubiquiti Broadband Wireless Admin (UBWA)
  3. Ubiquiti Enterprise Wireless Admin (UEWA)
Penal Penasihat Industri:
  1. Program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer) Kementerian Pendidikan Malaysia di Kolej Vokasional Ipoh, Perak.
  2. Program Diploma Information Technology di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang.

Hubungi: 013-44 82228 Email: juzaili@hotspotsystem.com.my

Berhubungan dengan Tuan Juzaili melalui: Google+  |  Vimeo  Facebook Company | Instagram |