Buat duit dengan menjual gambar "Fotowang"

Buat duit dengan menjual gambar "Fotowang"

INFO KELAS LIVE Q&A
DAFTAR DAN TERUS BELAJAR (SILIBUS PRE RECORDED)
SESI Q&A LIVE SEBULAN 2 KALI 

1 gambar yang dibeli adalah LEBIH BAIK dari 1 gambar yang mendapat 1000 'likes' di medsos.

 Jika dalam telefon kita ada lebih dari 1,000 keping gambar, ada baiknya kita belajar ilmu jual gambar. Gambar dengan smartphone pun ada yang beli dalam USD. Dari memberatkan smartphone dan hard disk, baiklah dijual

 

Gambar Roti Canai pun ada orang beli ? 


Ada, gambar batu depan rumah, gambar bunga, gambar makanan, gambar masjid semua boleh dijual jika betul caranya. Dari terbiar gambar di dalam phone atau sekadar mendapat like di dalam Facebook. Lebih baik jual gambar secara online dan jana pendapatan dalam USD melalui Fotografi Stok.

Macam tak percaya je kan? Ada juga orang beli gambar yang kita rasa 'biasa-biasa' macam ni.

 Gambar Batu depan rumah
Gambar batu je ni. Dari 2010 dah 'buat duit' untuk 'contributor'. Tak sia-sia raikan batu deco yang isteri susun dekat laman depan rumah!

Gambar KLCC

Yang ini memang 'ibu duit' dah dekat 10 tahun. Pertama kali submit, jenguk sesekali, tinggal check akaun je selepas tu. Kadang-kadang tak perasan pun duit masuk. 

APA YANG AKAN DIPELAJARI

1. Pengenalan Fotografi Stok

Bagaimana industri Fotografi Stok berjalan, siapa pembelinya dan kenali syarikat yang menawakan perkhidmatan Fotografi Stok

2. Jenis Jualan Gambar

Fahami perbezaan antara jualan kategori Commercial dan Editorial. Apakah kriteria gambar yang perlu dijual dengan kategori Editorial, mengapa ada gambar yang tidak boleh dijual dalam kategori Commercial

3. Gambar yang Laku

Ketahui jenis gambar yang sentiasa mendapat jualan yang tinggi. Mengapa gambar ini mempunyai jualan yang tinggi. Jangan terkejut, sesetengah gambar yang mempunyai jualan yang tinggi ada di depan mata kita sahaja 

4. Teknikal Gambar

Apakah kriteria gambar yang diperlukan untuk mula menjual di dalam fotografi stock. Ketahui juga rahsia untuk gambar mudah lulus untuk jualan

5. Pendaftaran dan Cara Upload Foto

Para peserta juga akan di ajar secara step by step bagaimana untuk mendaftar sebagai seorang penjual gambar di dalam Shutterstock. Bagaimana nak membuka akaun, kategori gambar, keyword yang sesuai dan description

Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.

MATLAMAT KELAS
Di akhir kelas, para peserta akan sudah mempunyai akaun Shutterstock, juga tahu apakah kriteria gambar yang mudah lulus, yang tinggi jualan dan sudah mula ada gambar yang dihantar untuk dijual.  

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Smartphone atau Laptop serta aplikasi Shutterstock Contributor.

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 

1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah.
2. Ada nota dan video Live bersama cikgu.
3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami.
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.

Daftar Sekarang!