Kursus Laptop servicing & maintenance

Kursus Laptop servicing & maintenance

SERI ISKANDAR, 24 MEI 2017 – Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada Juruteknik Komputer, Jabatan Pendidikan Daerah Perak Tengah telah mengikuti Kursus Penyelenggaraan Komputer di Makmal Server, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 23-24 Mei 2017. Kursus Penyelenggaraan Komputer ini adalah di bawah Program Kursus Jangka Pendek 2017 yang dikendalikan oleh Cawangan Penyelarasan Dan Kawalan Kualiti.

Aspek yang disampaikan oleh tenaga pengajar mahir Tuan Mohd Juzaili Hasrul Fitri, Pembelajaran meliputi pengenalan kepada komponen asas komputer dan komponen pada papan induk, Memberikan pengetahuan tentang jenis dan fungsi komponen-komponen komputer.

Selain itu, memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang cara-cara membuka dan memasang semula komponen perkakasan komputer. Peserta kursus juga dapat mengenalpasti jenis-jenis kerosakan pada komputer dan melakukan pembaikan serta dapat mengetahui keperluan meningkatkan keupayaan sistem komputer.

Berdasarkan penilaian yang dibuat kursus ini amat berguna dan sesuai dijalankan bagi tujuan ‘refreshment course’ khususnya untuk Juruteknik Komputer dan pendedahan teknik asas penyelenggaraan komputer kepada staf sokongan secara amnya. Kursus ini amat menggalakkan dan mencapai sasaran dimana peserta kursus berupaya menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas komputer dengan berkesan dan betul

 

Pengenalan Komponen (Komputer Desktop & Laptop)

  •  
  • Pengenalan mengenai komponen-komponen luaran komputer
  • Pengenalan mengenai komponen-komponen dalaman komputer
  • Mengenalpasti Processor, Motherboard, Hard Disk, RAM, Card & DVD Drive
  • Memahami spesifikasi teknikal sebuah komputer & Hardware Compatibility
  • Perbezaan komponen-komponen Desktop PC & Laptop (Notebook)

 

Pemasangan Komputer Desktop (Aktiviti Hands-On Practical)

"Computer Assembly"

  •  
  • Memasang komponen-komponen dalaman sebuah computer system unit
  • Memasang Processor, Motherboard, Hard Disk, RAM, Card & DVD Drive
  • Memasang kabel dalaman sebuah computer system unit (IDE, SATA, Power)
  • Memasang Power Supply ke dalam casing computer system unit
  • Memasang jumper pada IDE Hard Disk & IDE DVD Drive (Master-Slave IDE)

 

Menggantikan Komponen Laptop (Aktiviti Hands-On Practical)

"Hardware Replacement"

  •  
  • Menggantikan komponen-komponen dalaman sebuah laptop (notebook)
  • Menggantikan Hard Disk Drive, RAM, & DVD Drive bagi sebuah laptop
  • Melaksanakan kerja-kerja servis seperti membersihkan habuk di dlm laptop
  • Menggunakan peralatan srewdrivers yang sesuai utk membuka & memasang laptop (notebook)
  • Memasang kabel dalaman sebuah laptop (IDE, SATA & Power cables)

 

Teknik Format & Install Windows 7

"Format Install Windows"

  • Melaksanakan BIOS Boot Sequence Setttings [DVD Drive first boot]
  • Teknik Format & Install Windows 7 & 8 secara step by step
  • Membina extra partition drives di dalam sebuah hard disk semasa install
  • Memasukkan serial key number Windows dgn betul semasa install
  • Melaksanakan Windows Customize Settings semasa install
  • Melaksanakan Install / Uninstall Program menggunakan control panel
  • Melaksanakan Avast Antivirus Installation ke dalam sistem komputer
  • Melaksanakan Antivirus Scanning untuk membersihkan komputer daripada virus

 

Teknik Install Hardware Drivers (Komputer Desktop & Laptop)

"Install Drivers"

  • Mencari Hardware Drivers yang diperlukan oleh sistem komputer
  • Mengenalpasti Hardware Drivers yang compatible dengan sistem komputer
  • Melaksanakan Hardware Drivers download melalui website yang yang betul
  • Melaksanakan Hardware Drivers installation secara manual atau automatik
  • Memeriksa fungsi Hardware Drivers selepas selesai installation drivers

 

BIOS Setup & System Recovery (Repair Windows tanpa format)

"System Recovery"

  • Memeriksa fungsi computer hardware menggunakan BIOS Setup
  • Memahami fungsi asas BIOS Setup seperti Boot Sequence & System Password
  • Menyekat penggunaan komponen seperti DVD Drive dengan BIOS Setup
  • Menggunakan Windows System Recovery utk membaiki Windows yang rosak
  • Meletakkan satu Restore Point di dalam fungsi System Recovery